Wednesday, May 25, 2011

hijau yang putih...

Pejamkan matamu...dengarkan hujan berbisik.Daun-daun memberi nafas kencang,haiwan-haiwan berlari gila..Adakah kita masih dengar mereka berkata-kata? atau hanya terlena dan berlakon seperti hero kepada masyarakat? Bila mereka sudah hilang...barulah hujan dicari menggantikan panas...tempat berteduh ditanam impian menjadi jasa,baja mahu haiwan dipelihara..Apakah masih ada interpretasi positif terhadap amalan ini selagi sikap pentingkan nafsu diri masih terpahat di akal dan wang menjadi hantu dalam diri...hujan hadir memberi nafas...kita berpura-pura lena menutup udara mereka..hijau berganti putih...daging berganti tulang...air berganti pasir...Adakah itu yang dimahukan...? Anak-anak kita kenal bila mereka besar nanti apa itu flora fauna? Atau apakah masih wujud itu bila hari-hari esok berganti waktu...? Fikirkanlah...dan masihkah ada masa untuk kita berkongsi dengan hijau...dan ingatkah kita,amanah tanggungjawab kita dipermukaan ini sangat diperlukan....bukalah telinga dan dengar mereka berkata-kata....

No comments:

Post a Comment