Monday, March 28, 2011

hadirku-tunggu sekejap

TUNGGU SEKEJAP
farihan mawardi
4x3 feet
mix media on canvas
2011

Sunday, March 27, 2011

alangkah sedih rasa hati....selama kau pergi....

Dari mata aku melihat dan membuatkan aku menunggumu sekejap.
Engkau berdiri dan berkata-kata.
lalu aku mengerut dahi dan memikirkan apa yang kau mahu sampaikan pada kami.
Masih paras meja makan lagi aku berdiri...dan bila aku lebih tinggi.
Engkau masih lagi dalam ingatan dan masih muda seperti lama dulu..Aku terus mahu bersahabat dengan keja-kerjamu

Sememangnya kawan yang ramah dan senang untuk kami dekati untuk marah,ketawa
dan akhirnya menangis..Titisan hujan ketika aku mononton "Sarjan Hassan".
Dan titisan kembali lalu aku terus dibuai karyamu yang menghujani semua kotak pemikiran sayu.
Laju mempertahankan akal dan pergi ke alam hitam putih tetapi kami dapat merasai warna-warna harmoni disekeliling itu.
Apakah filem-filem sekarang masih kuat bertahan dikotak fikiran masyarakat untuk 1000 tahun lagi?
Apakah semangatmu bagi memartabatkan filem Melayu diwarisi orang-orang kuat yang masih berterusan berkarya esok?
Terima kasih atas pemberian dan pinjamanMu ya Allah kepada kami seorang insan yang kami kenal sebagai P.Ramlee.

Tuesday, March 8, 2011

Tunggulah kehadiran ini...

Airmata di Kuala Lumpur
Jatuh berkecai hancur berderai..
Aku menangis tidak terhingga..
Putus kasih yang tak ku duga..
Dikau pergi tak tinggal pesan..
Hancur musnah impian mulia..
Istana ku bina menjadi pusara..
Gelaplah pasti masa hadapan..
Jiwaku merayau utara dan selatan..
Hidup sudah tiada beerti..
Zahirku hidup hai batinku mati..
Remuk redam hatiku hancur..
Airmata di Kuala Lumpur..

p. ramlee - budi dibawa mati

Wednesday, March 2, 2011

Abang Man si pisang goreng yang lazat...

gelap lagi...sejuk lagi....uuhhh....masih lagi menggigil kesejukkan sambil menggalas beg berisikan buku-buku yang boleh tahan beratnya...
abang Man nasi lemak bang...bagi yang 30sen punya...ada balance 50sen buat tambang bas sekolah uncle..

senja pulak datang tanpa menunggu aku hilang dari keletihan...aduhhh...! kaki pulak terseliuh!..
Abang Man ...atuk ada tak?
nak urut kaki..sakit ya amat...ergghhh....
goreng pisang bang Man...walaupun hujan renyai dan terus lebat...
payung yang bocor dititiskan rintik-rintik air..tak mengapa...terukan mengunyah...
terima kasih abang Man...:)
tunggu sekejap wahai kawan....
kerana hujan masih renyai...
tunggu sekejap...
dalam pelukan lalala....
jangan bimbang..walaupun siang akan menjelma..
malam ini...blum puas ku bersama dengan kamu...
tunggu sekejap...
wahai kawan...
tunggulah sampai hujan teduh..mari kudendang..jangan mengenang orang jauh..
jangan pulang...jangan tinggalkan daku sorang...
tunggu sekejap kawan...
TUNGGU...~

Tuesday, March 1, 2011

sahabat...mengapa....

Sahabat…mengapa kau pergi
Tinggal aku sendiri
Kau tahu ku tak sanggup

Sahabat…ingat lah kau slalu
Jadi yang terbaik
Walau kau tak disini lagi

Sahabat…aku rindu padamu
Datang walau sesaat
Ku ingin kan kau hadir

Aku disini dan menunggu
Diam tanpa dirimu
Kau tahu ku tak bisa
Beranjak terbang dan melayang
tanpa diri mu ku tak bisa dan kembalilah