Sunday, March 27, 2011

alangkah sedih rasa hati....selama kau pergi....

Dari mata aku melihat dan membuatkan aku menunggumu sekejap.
Engkau berdiri dan berkata-kata.
lalu aku mengerut dahi dan memikirkan apa yang kau mahu sampaikan pada kami.
Masih paras meja makan lagi aku berdiri...dan bila aku lebih tinggi.
Engkau masih lagi dalam ingatan dan masih muda seperti lama dulu..Aku terus mahu bersahabat dengan keja-kerjamu

Sememangnya kawan yang ramah dan senang untuk kami dekati untuk marah,ketawa
dan akhirnya menangis..Titisan hujan ketika aku mononton "Sarjan Hassan".
Dan titisan kembali lalu aku terus dibuai karyamu yang menghujani semua kotak pemikiran sayu.
Laju mempertahankan akal dan pergi ke alam hitam putih tetapi kami dapat merasai warna-warna harmoni disekeliling itu.
Apakah filem-filem sekarang masih kuat bertahan dikotak fikiran masyarakat untuk 1000 tahun lagi?
Apakah semangatmu bagi memartabatkan filem Melayu diwarisi orang-orang kuat yang masih berterusan berkarya esok?
Terima kasih atas pemberian dan pinjamanMu ya Allah kepada kami seorang insan yang kami kenal sebagai P.Ramlee.

No comments:

Post a Comment